Kalau kita mahu bercakap mengenai Kerajaan Aroi, kita harus belajar dahulu mengenai Lemuria dan Atlantis. Kenapa? Soalan itu senang sahaja kerana rekod sejarah menunjukkan bahawa pengasas Kerajaan Aroi ialah leluhur daripada Lemuria. Jadi, untuk mengenali Aroi, harus belajar mengenali bapa kepada Aroi iaitu Lemuria dan Atlantis.
Juga, untuk mengkhatamkan bab mengenai Lemuria dan Atlantis, harus anda mengkhatamkan topik mengenai bangsa Melayu. Memahami apa itu definisi perkataan Austronesian dan Polynesian. Bila anda sudah memahami perkataan ini, anda pasti tidak menghadapi masalah untuk menelan artikel saya ini.
Lemuria dan Atlantis
Lemuria merupakan sebuah peradaban kuno yang masih didebatkan kewujudannya oleh para sejarawan. Manakala Atlantis berdiri selepas kewujudan Lemuria tetapi pernah berada pada period yang sama. Bukan kerana kewujudannya palsu tetapi kekurangan bukti untuk menjadikan Lemuria benar-benar wujud. Persoalan itu kita tolak ketepi, kerana kita ada benda yang lebih penting untuk dipelajari.
Lemuria ialah sebuah kerajaan yang dikatakan berdiri pada 75 000 tahun sebelum masihi hinggalah ke era 11 000 S.M. Tamadun ini dikatakan ranap atas beberapa sebab, diserang oleh jiran mereka iaitu Atlantis dan menjadi mangsa banjir Besar. Tentang isu ini, ramai pengkaji berpendapat bahawa Lemuria dan Atlantis ialah umat Nabi Nuh yang ingkar pada ajaran rasul ALLAH itu untuk menyembah ALLAH meninggalkan tinggalan berhala dan matahari mereka.
Kembali kepada topik, Lemuria pada zaman puncaknya, mempunyai 60 Juta orang dan terdiri daripada pelbagai bangsa. Di sini saya mahu membetulkan kenyataan bahawa Lemuria dan Atlantis itu bukanlah milik orang Melayu. TETAPI...
Tahukah anda bahawa Melayu merupakan salah satu bangsa yang pernah menjadi sebahagian daripada Lemuria dan Atlantis? Menurut Powell dalam bukunya The Solar System, pada bab 35 menceritakan bahawa akar bangsa keempat Lemuria merupakan malayan brown yang membawa maksud rumpun Melayu atau nama saintifiknya Austronesian-Polynesian. Akar keempat ini digelar sebagai Atlanteans.
Lemuria meliputi Semenanjung Tanah Melayu, pentas Sunda, Kepulauan Borneo, Sumatera dan Kepulauan Jawa. Ini ialah wilayah yang memang diektahui sebagai Kepulauan Melayu pada hari ini. Hal ini telah membawa saya untuk mengkaji kembali kenyataan Augustus Le Plongeon (1825–1908), SEORANG PENYELIDIK yang menemui catatan bangsa Mayan mengenai Lemuria dan Atlantis bahawa pengasas kerajaan Mesir Purba ialah Permaisuri Moo, gelandangan daripada Lemuria.
Banyak juga pengkaji yang mengatakan bahawa Nusantara ialah lokasi Lemuria. W. Eliotscot dalam bukunya The Story Of Atlantis and The Lost Lemuria, juga tidak ketinggalan seorang professor daripada Brazil dalam bukunya The Lost Continent Of Atlantis Found
Nampak bukan? Bukan seorang dua pengkaji yang telah menemui rahsia bumi kita ini. Cuma Melayu tidur... terlalu lama tidur... selepas sampai bangsa sendiri dipandang hina. Hari ini, bukti arkeologi menunjukkan bahawa keluasan Lemuria mencecah sehingga Pulau Ester yang merupakan wilayah terhujung dalam benua Melayu yang digariskan oleh pakar antropologi pada hari ini.
Nenek moyang orang Melayu pada hari ini dikatakan antara bangsa termaju yang pernah dilihat oleh dunia. Lemuria dan Atlantis mempunyai tanah subur sepanjang masa. Matahari asyik bersinar 24 jam (sesuai dengan iklim khatulistiwa). Mereka mempunyai pengetahuan yang sangat mendalam dan teknologi bangsa ini sangat-sangat canggih. Ada pendapat mengatakan lebih canggih daripada hari ini. Namun semuanya musnah angkara melawan ajaran Nabi Nuh. Maka, ALLAH turunkan banjir besar dan hanya yang mengikut Nabi Nuh sahaja selamat daripada tragedi itu.
Saya percaya Nabi Nuh bercakap dengan bangsa yang sangat maju. Nabi Nuh tidak berdakwah dan menyeru manusia primitif yang konon sedang berevolusi tetapi sedang bercakap dengan bangsa yang mampu membina kapal terbang dan senjata nuklear. Baca catatan Plato mengenai tragedi yang menimpa bangsa Atlantis (Lemuria tidak disebut kerana Lemuria telah kalah dalam peperangan derngan Atlantis).
Plato dalam bukunya:
"Kerana hanya dalam semalaman, hujan yang luar biasa lebat menyapu bumi dan pada saat yang bersamaan terjadi gempa bumi. Lalu muncul air bah yang menggenang seluruh wilayah (Atlantis)"
Kemudian bandingkan dengan ayat Al-Quran:
"Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan" (Surah Hud, ayat 37)
Dan...
"Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman". Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja." (Surah Hud, ayat 40)
Lihat petunjuk ALLAH dalam Al-Quran, bagaimana Nabi Nuh mampu membina sebuah bahtera dengan jumlah pengikut yang kecil, itu pun tidak ditolak jumlah kanak-kanak dan wanita serta orang tua dalam masa yang sangat singkat kecuali Nabi Nuh merupakan seorang jurutera dan arkitek yang hebat dengan teknologi yang amat canggih. Isi kapal yang bakal dihuni itu terdiri daripada manusia beriman dan haiwan yang hidup di atas muka bumi ini.
Dalam lipatan sejarah, hanya satu tamadun sahaja yang musnah kerana banjir air bah, iaitu Tamadun Atlantis. Anda nampak perkaitannya di sini?
Sambungan pada bahagian akan datang..........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan