Rabu, 5 Ogos 2015

Peritnya Hidup MELAYU Zaman ini

DZaman dulu-dulu la... Sebut je duit 5 sen atau 10 sen atau apa-apa sen je mesti dah fikir barang apa boleh belikan.....

Cukai kurang...
Barang murah...
Subsidi banyak...

Tapi berbeza Sekarang ni....
Cukai ada macam-macam jenis cukai macam-macam jenis lapisan pembayar cukai...
Subsidi dikurangkan....
Harga barang meningkat...
Aduhhhh....pedih rasanya nak hidup dengan kenaikan kos sara hidup ni...

YANG KAYA MAKIN KAYA
YANG MISKIN MAKIN KEDANA

Yang jadi masalahnya rata-rata yang terasa kos sara hidup ni orang melayu sendiri....

Apa yang bodoh sangat dengan MELAYU ni...nak Sara hidup kat tanah air sendiri pun susah ke...

Sepatutnya MELAYU la paling senang atau paling banyak keistimewaan...
Korang pilih wakil Rakyat bangsa Melayu
Yang jadi menteri Bangsa Melayu
Yang jadi PM & TPM Bangsa Melayu...

Dari atas smpai bawah rata-rata orang melayu... Apa yang susah lagi...
Korang susah hidup salah korang sendiri la. Ko nak salahkan sapa? PM ke? Parti yang memerintah ke? Siapa yang pilih?
Korang jugak...adehhhh.. Melayu - Melayu

Teringat petikan cerita Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam filem  "3 Abdul"

"Muka Dia pun dah muka penipu' yang ko cerdik pandai boleh kena tipu dengan dia apa pasal? " lebih kurang macam tu la..

Hahahahha...
Sekarang merempat dibumi sendiri.
Bila rasa susah korang kutuk dia tu keji dia ni...yang ko kutuk dengan keji tu la yang korang pilih.bila ada masa nak tukar korang kelabu mata dengan sogokan duit yang hanya bernilai ratusan ringgit je....
Melayu-Melayu....

Ada parti yang konon-konon bela bangsa Melayu dah jadi Parti mengkayakan kroni dengan rasuah berleluasa...
Yang jadi muskil ada juga orang kaya dapat derma dari orang kaya...
Zaman dah terbalik...bukan sikit dapat derma,nilai cecah billion ringgit.Aku rasa kutipan zakat satu negara pun tak cecah banyak tu...
Ada menteri semua macam hebat-hebat tapi...adeh, budak sekolah pun nilai tahap kebodohan menteri yang korang pilih...
Pastu bertengkak sesama sendiri...
Orang yang ko pilih senang lenang dengan jawatan dan pangkat yang korang beri...

Habis korang yang pilih orang tu dapat apa?...kahkahkah..

DAPAT KOS SARA HIDUP MENINGKAT JE LA....!!!!!!

Dulu bila tengok cerita Tamil atau Hindustan kita boleh tengak betapa korup dan teruknya politik kat sana.
Yang merana rakyat... Pihak berkuasa jadi lembu kepada ahli politik. Sape sanggup kena cucuk hidung boleh pangkat dan kuasa. Macam tu lah aku rasa dah jadi kat Malaysia.
Korang melayu nak harap kat sapa lagi kalau masing tak habis-habis berkelahi sama sendiri.

Persatuan yang membela nasib melayu pun dah jadi geng genster...
Adoi..... Pening la.
Bila orang report ada pencuri polis tangkap kaki report tu. Pencuri tetap bebas...hahahahahaha... Sebijik macam cerita Hindustan...

BILA ADA MASA NANTI... KITA MELAYU SENDIRI YANG PERLU UBAH...
jangan ada masa nanti..kena sogok dengan duit ratusan ringgit merana lagi bertahun-tahun.

Khamis, 9 Julai 2015

PANTUN RAYA

Menjelang Aidilfitri yang bakal menjelma nanti...
Jebon nak kongsi sikit PANTUN RAYA untuk semua....

Masak rendang daging lembu
Masak Santan gula melaka
Masa mendatang kita tak tahu
Bila dah tiada rindu tak terkata

Bila purnama makin menghilang
Bakal perginya bulan ramadhan
Ketika masa memberi ruang
Manfaatkan jiwa penuhkan iman

Ramadhan pergi syawal menjelma
Anak-anak riang gembira
Bermaafan dihati sucikan jiwa
Kelak kemeriahan makin dirasa

Malam terang cahaya pelita
Pagi menjelma mata nak lena
Salam dihulur maaf dipinta
Moga lebaran lebih bermakna

Selamat menyambut HARI RAYA AIDILFITRI....

Rabu, 8 Julai 2015

FAKTA: Kelebihan Sujud


Dalam Kitab Maaza Nuriid Min Ramadhan karya Dr Majdi Al-Hilali telah menjelaskan tentang cara berkomunikasi secara dekat dengan Allah SWT:

"Sekiranya kita ingin menjadikan sujud kita itu mencapai objektifnya, maka taqarrublah kepada Allah selangkah demi selangkah sebagaimana Allah tegaskan dalam surah Al-'Alaq ayat kesembilan «Sujudlah kepada Allah dan dekatilah-Nya» . Kita hendaklah menjadikan sujud itu sebagai sujud yang benar-benar menginsafkan diri kita sehingga keluarnya manik-manik jernih mengalir membasahi pipi, demi untuk menjadikannya sebagai risalah perhambaan serta permohonan ampun kita kepada Allah".

Waktu paling dekat kita dengan Allah ialah dikala kita sujud. Orang yang khusyu' dan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah akan dapat seolah-olah melihat Allah dengan kebesaran-Nya. Maqam Ihsan sangat mudah tercapai bagi orang-orang yang selalu memperbanyakkan solat dan menyempurnakan sujud. Sujud mengikut ilmu perubatan, ia dapat mengelakkan daripada berlaku pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat termasuklah ianya dapat menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mentaliti seseorang. Sementara dari segi psikologi, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Allah, mengikis sifat sombong, riak dan takbur.

Inilah sikap yang sepatutnya dilakukan oleh semua umat Islam setiap kali datangnya Ramadhan. Ramadhan adalah bulan untuk diperbanyakkan sujud pada siang dan malamnya. Sesungguhnya manusia akan merasai kesan ubudiyah apabila sentiasa berinteraksi secara dekat dengan Allah setiap hari. Oleh sebab itu, Allah berpesan kepada Nabi Muhammad SAW, apabila ada sahaja masalah dan tekanan perasaan, maka hendaklah bersegera untuk sujud serta taqarrub kepada-Nya kerana nusrah dan kasih sayang Allah pasti mendampingi kita!

📌Ramadhan Bulan Perbanyakkan Sujud!

~Asri ed-Diwanie
https://www.facebook.com/asri.eddiwanie

INFO SEMASA: Disebalik Kehangatan Games C.O.C (Clash Of Clan)

C.OC (CLASH OF CLANS)



Sebut saja C.O.C pasti ramai yang mengetahui games yang semakin hangat dan mendapat sambutan ini....

Ya... C.O.C ( Clash Of Clan) merupakan antara games yang paling mendapat sambutan hangat dengan lebih 10 juta download melalui Google Play . Semenjak diperkenalkan pada tahun 2013, games ini menjadi kegilaan pengguna andriod tempatan mahupun luar negara dengan grafik yang menarik dan aplikasi chatting serta komuniti yang disediakan menyebabkan games ini mendapat tempat bukan sahaja dikalangan kanak-kanak, malah hampir setiap orang dewasa menggilainya sehingga sanggup untuk tidak menutup atau offkan handphone semata-mata demi games C.O.C, malah tidak terkecuali juga yang bergaduh kerana komuniti perang gagal mendapatkan bintang atau dengan erti kata lain kalah dalam peperangan.



Woowwwww,..... hebat bukan pengaruh games ini. Namun ramai yang tidak sedak kesan negatif C.O.C keatas individu terutama remaja.

Antara Kesan-Kesan C.O.C:
  1. Kurangnya Pergaulan Rakan Sebaya
  2. Pengaruh Negatif Watak Games
  3. Kurang komunikasi 2 hala secara bersemuka
  4. Banyak Habiskan Masa dari Belajar atau Berkerja
  5. Kurang waktu Rehat atau Tidur
  6. Terbawa-bawa dalam kehidupan realiti

Walaubagaimanapun, kesan-kesan tersebut sebenarnya bergantung kepada individu itu sendiri menguruskan masa dan pentadbiran untuk diri sendiri.....



Saya sendiri tidak terkecuali dari bermain games sensasi ini... malah turut memiliki hingga 4 akaun games C.O.C.
Sekian sahaja nukilan bersahaja dari saya....segala yang dikongsi adalah pendapat saya semata-mata.tq

Sedikit Movie untuk Peminat C.O.C, Enjoy It.




Selasa, 7 Julai 2015

Fakta atau Auta: HEBATNYA BANGSA MELAYU

RAHSIA MELAYU YANG HEBAT TERSIMPAN!!!! MESTI BACA!!





1.tahukah anda Perdana2 Menteri kita sangat sayang pada Islam & bangsanya?

2.tahukah anda apa isi sumpah janji (yang tidak disebut) yang diikrarkan di depan ketua raja2 Melayu?

3.tahukah anda nama Gunung Ledang ada catatan dalam rekod Nabi Sulaiman

4.tahukah anda umat Melayu sememangnya beragama Ibrahim (sembah tuhan yang 1)

5.tahukah anda kenapa anak-anak Melayu cantik2 belaka?

6.tahukah anda dahulunya air di Segamat (Segar Amat?) sangat segar airnya?

7.tahukah anda Johor merupakan negara terakhir di semenanjung paling payah ditawan?

8.tahukah anda ada 1 kerajaan yang sangat CANGGIH di Mersing?

9.Mersing merupakan salah 1 negara2 kota Melayu yang telah tenggelam & dighaibkan ? disana terdapat Jong-Jong (kapal2 laut yang MEGA) dipenuhi teknologi meriam & bedilan !!! dan yang paling pelik, Mersing mempunyai sistem saliran air di bawah tanah yang lengkap? sememangnya SEJARAH MELAYU perlu ditulis semula

10.tahukah anda ada banyak DAIK di utara, di tengah, & di selatan semenanjung? tapi sayang... anda tak faham apa yang KERAJAAN HARI INI memahaminya...sudahkah anda lupa kepada siapakah Yasir Arafat meminta tolong ketika rumah beliau dikepung Yahudi ? kenapa panggilan kecemasan perlu dibuat ke Tanah Melayu, sedang Arab Saudi dekat di sana ? siapakah Melayu yang sebenarnya?

11.apa rahsia besar yang pemimpin luar lagi tahu dari rakyat negara ini (kaki maki yang keracunan)
- bila anda semakin mengenali pentingnya menghormati ciptaan Allah, maka anda pasti mengerti kenapa anda ditakdirkan menjadi Melayu di akhir zaman (dengan Nur Hati). tapi sayang anak2 muda semakin hendak menjatuhkan bangsanya sendiri. memang benarlah pesan Ustaz Kazim Al Hafiz, bangsa itu sendiri yang menjahanamkan rajanya.

12.tahukah anda Melayu itu beragama Islam? (semenjak zaman Nabi Ibrahim lagi ?)--- Perlu dikaji lagi..

13.tahukah anda kebanyakan penganut Islam di Tanah Melayu adalah orang Melayu? bila kita mempertahankan Melayu, bermakna anda mempertahankan ISLAM secara otomatiknya.





PERHALUSI DAN SAMA-SAMA FIKIRKAN......
SEBARANG PERKONGSIAN FAKTA DAN RUJUKAN BERKENAAN ARTIKEL AMAT DIALUKAN.

MISTIK, DONGENG ATAU SEJARAH : BANGSA MELAYU - Misteri Atau Realiti

BAHAGIAN SATU

Kalau kita mahu bercakap mengenai Kerajaan Aroi, kita harus belajar dahulu mengenai Lemuria dan Atlantis. Kenapa? Soalan itu senang sahaja kerana rekod sejarah menunjukkan bahawa pengasas Kerajaan Aroi ialah leluhur daripada Lemuria. Jadi, untuk mengenali Aroi, harus belajar mengenali bapa kepada Aroi iaitu Lemuria dan Atlantis.

Juga, untuk mengkhatamkan bab mengenai Lemuria dan Atlantis, harus anda mengkhatamkan topik mengenai bangsa Melayu. Memahami apa itu definisi perkataan Austronesian dan Polynesian. Bila anda sudah memahami perkataan ini, anda pasti tidak menghadapi masalah untuk menelan artikel saya ini. 




Lemuria dan Atlantis
Lemuria merupakan sebuah peradaban kuno yang masih didebatkan kewujudannya oleh para sejarawan. Manakala Atlantis berdiri selepas kewujudan Lemuria tetapi pernah berada pada period yang sama. Bukan kerana kewujudannya palsu tetapi kekurangan bukti untuk menjadikan Lemuria benar-benar wujud. Persoalan itu kita tolak ketepi, kerana kita ada benda yang lebih penting untuk dipelajari.

Lemuria ialah sebuah kerajaan yang dikatakan berdiri pada 75 000 tahun sebelum masihi hinggalah ke era 11 000 S.M. Tamadun ini dikatakan ranap atas beberapa sebab, diserang oleh jiran mereka iaitu Atlantis dan menjadi mangsa banjir Besar. Tentang isu ini, ramai pengkaji berpendapat bahawa Lemuria dan Atlantis ialah umat Nabi Nuh yang ingkar pada ajaran rasul ALLAH itu untuk menyembah ALLAH meninggalkan tinggalan berhala dan matahari mereka.

Kembali kepada topik, Lemuria pada zaman puncaknya, mempunyai 60 Juta orang dan terdiri daripada pelbagai bangsa. Di sini saya mahu membetulkan kenyataan bahawa Lemuria dan Atlantis  
itu bukanlah milik orang Melayu. TETAPI...




Tahukah anda bahawa Melayu merupakan salah satu bangsa yang pernah menjadi sebahagian daripada Lemuria dan Atlantis? Menurut Powell dalam bukunya The Solar System, pada bab 35 menceritakan bahawa akar bangsa keempat Lemuria merupakan malayan brown yang membawa maksud rumpun Melayu atau nama saintifiknya Austronesian-Polynesian. Akar keempat ini digelar sebagai Atlanteans. 

Lemuria meliputi Semenanjung Tanah Melayu, pentas Sunda, Kepulauan Borneo, Sumatera dan Kepulauan Jawa. Ini ialah wilayah yang memang diektahui sebagai Kepulauan Melayu pada hari ini. Hal ini telah membawa saya untuk mengkaji kembali kenyataan Augustus Le Plongeon (1825–1908), SEORANG PENYELIDIK yang menemui catatan bangsa Mayan mengenai Lemuria dan Atlantis bahawa pengasas kerajaan Mesir Purba ialah Permaisuri Moo, gelandangan daripada Lemuria.

Banyak juga pengkaji yang mengatakan bahawa Nusantara ialah lokasi Lemuria. W. Eliotscot dalam bukunya The Story Of Atlantis and The Lost Lemuria, juga tidak ketinggalan seorang professor daripada Brazil dalam bukunya The Lost Continent Of Atlantis Found

Nampak bukan? Bukan seorang dua pengkaji yang telah menemui rahsia bumi kita ini. Cuma Melayu tidur... terlalu lama tidur... selepas sampai bangsa sendiri dipandang hina. Hari ini, bukti arkeologi menunjukkan bahawa keluasan Lemuria mencecah sehingga Pulau Ester yang merupakan wilayah terhujung dalam benua Melayu yang digariskan oleh pakar antropologi pada hari ini. 

Nenek moyang orang Melayu pada hari ini dikatakan antara bangsa termaju yang pernah dilihat oleh dunia. Lemuria dan Atlantis mempunyai tanah subur sepanjang masa. Matahari asyik bersinar 24 jam (sesuai dengan iklim khatulistiwa). Mereka mempunyai pengetahuan yang sangat mendalam dan teknologi bangsa ini sangat-sangat canggih. Ada pendapat mengatakan lebih canggih daripada hari ini. Namun semuanya musnah angkara melawan ajaran Nabi Nuh. Maka, ALLAH turunkan banjir besar dan hanya yang mengikut Nabi Nuh sahaja selamat daripada tragedi itu.



Saya percaya Nabi Nuh bercakap dengan bangsa yang sangat maju. Nabi Nuh tidak berdakwah dan menyeru manusia primitif yang konon sedang berevolusi tetapi sedang bercakap dengan bangsa yang mampu membina kapal terbang dan senjata nuklear. Baca catatan Plato mengenai tragedi yang menimpa bangsa Atlantis (Lemuria tidak disebut kerana Lemuria telah kalah dalam peperangan derngan Atlantis).

Plato dalam bukunya:

"Kerana hanya dalam semalaman, hujan yang luar biasa lebat menyapu bumi dan pada saat yang bersamaan terjadi gempa bumi. Lalu muncul air bah yang menggenang seluruh wilayah (Atlantis)"

Kemudian bandingkan dengan ayat Al-Quran:

"Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan" (Surah Hud, ayat 37)

Dan...

"Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman". Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja." (Surah Hud, ayat 40)

Lihat petunjuk ALLAH dalam Al-Quran, bagaimana Nabi Nuh mampu membina sebuah bahtera dengan jumlah pengikut yang kecil, itu pun tidak ditolak jumlah kanak-kanak dan wanita serta orang tua dalam masa yang sangat singkat kecuali Nabi Nuh merupakan seorang jurutera dan arkitek yang hebat dengan teknologi yang amat canggih. Isi kapal yang bakal dihuni itu terdiri daripada manusia beriman dan haiwan yang hidup di atas muka bumi ini.

Dalam lipatan sejarah, hanya satu tamadun sahaja yang musnah kerana banjir air bah, iaitu Tamadun Atlantis. Anda nampak perkaitannya di sini?






Sambungan pada bahagian akan datang..........

CEREKA KOMEDI: Belajar Sembahyang (VERSI KELANTAN)

Once Upon in time somewhere at KELANTAN......



Tinggal Seorang Pemuda bernama mamat,l................
Mamat merupakan anak tunggal Pok Ya dan Mok Yae. Adapun Mamat ni sangatlah manja dan jadilah Mamat seorang anak muda yang taktahugorskaro(tak tahu ape). Mamat takdop dok susahapo sebab moppop dia ore brada. 
Pok Yar n Mok Yae pun kiralah bini ko Mamat prak. Maka bernikah kahwinlah akan mamat. Setelah dekat sbule mnikoh maka jatuh hairanlah bini Mamat bila dia prasan sesuatu lalu bertanyakan kepada isterinya.

" abe x smaye kor?" Tanya Siti, bini Mamat.

" smaye???? "(Sambil riak muka keliru dan menggaru kepala). Jawapan yang penuh pertanyaan dari Mamat.

" kalu gitu abe kena belajarlah, sede molek esok Jumaat, abe gi la sejjid" (Masjid).kata Siti.

Dipendekkan cerita,
Keesokannya, maka Mamat pun siap mengenakan baju kumbang yang d gosok isterinya.
Mamat dengan muka keliru bertanyakan soalan kepada isterinya.

" abe nok smaye lagu mana nih?"tanya Mamat kepada isterinya.

" okk' aloh, abe g awal sikit pahtu gak abe gi dok la blake tok imae, Abe turut ore jah" kata Siti kepada suaminya.

" ooo..kalu gittu abe gi slalu"ujur Mamat.

Maka Mamat pun gi la sejjid. Sapa d sejid Mamat pun duduk la blake tok ime.

" wei la baso kakah Mamat mari smaye! Ngigga kor guano?" Kata hati Derih, saing Mamat.

Derih pun ngesot (bergerak perlahan-lahan) slow slow g dok blake Mamat tanpa disedari Mamat. Maka sesi smaye berjemaah pun start. Masa rukuk, Derih pun sodok punggung mamat dgn palo. Mulo mulo Mamat x irau. Deris pun sugung pulak.

Lalu terdetik di hati Mamat " oo.. smaye kena sugung dih".

Tanpa buang masa Mamat pun sodok punggung tok imae, mnyacar(melambung ke depan) sikit tok ime. Derih yang suka mengusik Mamat terus mengusik masa sujud, Derih pun mengletek kaki Mamat. Mamat trasa geli, lalu terfikir

" oo..geli jugak smaye nih!" Mamat pun slow2 gletek kaki tok ime.

Tkejut tok ime sambil berkata dalam hati," hok mano pulop main gletek kaki ni".

Tok imae cuba okk' (sabar) namun Derih terus mengletek kaki Mamat skali lagi menyebabkan Mamat juga secara tidak langsung terus gletek kaki tok ime. Tok ime braso geli xleh nok okk'.
Tok imae sero nak maroh. Dio pun tunjal(tendang kuda) ... Puapppp..keno sede molek atas idung mamat.

" adus!!" Mamat mengeluh kecil sambil itu Mamat pun tunjal muka Derih.

 Sede molek kena mulut derih mengakibat Pecoh bibir mulut Derih. Derih braso nok maroh la wei..Derih bingkas bangun dan wi nimbok atas blake mamat.

"Oloh beratnya smaye!! " Bentak hati mamat sambil menggeliat sakit.

Mamat pun bingkas bangun lalu terus bui nimbok atas blake tok imae. Maka rebah terap lah tok imae kena nimbuk kderat Mamat... Tok Ime koma selama 2 hari...
Setelah habis solat Mamat berasa lega dan balik ke rumah.



petey(petang) tu pulok toktuo Mamat ajok smaye asar. Mamat pong bereh r siap paka sokok nga baju gombang hok tengoh ari takdi. Mamat ikot molek jah toktuo dio buat sremo rukon smaye sapa siak wi sale. sremo Mamat ikot. maso nok zzikir tu toktuo dio pusing bleke sikit ngadak makmum...Mamat pong ikot pusing blake retek la.

" guano pulok mnatu aku ni ?" Bisik hati kecil mertua Mamat.

toktuo Mamat wat toktahu jah. lepah abih baco do'o pakat ssale lah blako...
lepah tugak toktuo mamat bangun jjale g ke pitu nnengung ala ktanoh...Mamat pong turut sama g nungung retek.

"x beto ko nnatu aku ni?? Bentak hati mertua Mamat sekali lagi bila melihat aksi menantunya mengajuk perbuatannya.

toktuo Mamat braso laen dh..dio pong koho-koho jale g alah ko jnelo(jendela) plok. derah Mamat ikot sama.Toktuo Mamat tkejut pah lopak turun kok jnelo. Mamat pong turut sama terjung retek.

"sudoh doh la mnatu aku masok atu doh la". bisik hati Mertua Mamat sambil berlari ke bendang.
toktuo Mamat lari kok atah batah padi. Mamat pong turut hungga etek.

" hambat sungguh wei kakah ni, atu gapo la mrasuk ni" bisik hati mertua Mamat sambil berlari laju.

dekat nok sapa ujong petok sawoh Mamat braso letih. ble2 hungga Mamat laung.

" tok abih lagi ko wei smaye asar!!! letih doh ni......

Kehkehkeh....
Gurauan semata-mata, tiada kaitan dengan yang hidup mahupun mati.


INFO SEJARAH ISLAM: Sahabat Nabi Muhammad S.A.W

ENAM PULUH SAHABAT NABI

1) MUSH'AB BIN UMAR : Duta Islam yang pertama.

2) SALMAN AL-FARISI : Pencari kebenaran.

3) ABU DZAR AL-GHIFARI : Tokoh gerakan hidup sederhana.

4) BILAL BIN RABAH : Muadzin Rasulullah ... Lambang persamaan derajat manusia.

5) ABDULLAH BIN UMAR : Tekun beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah.

6) SA'AD BIN ABI WAQQASH : Singa yang menyembunyikan kukunya.

7) SHUHAIB BIN SINAN : Abu Yahya yang selalu mendapat laba.

8) MU'ADZ BIN JABAL : Cendekiawan Muslim yang palin tahu mana yang halal dan mana yang haram.

9) MIQDAD BIN 'AMR : Pelopor barisan berkuda dan ahli filsafat.

10) SA'ID BIN AMIR : Pemilik kebesaran di balik kesederhanaan.

11) HAMZAH BIN ABDUL MUTHALIB : Singa Allah dan panglima syuhada.

12) ABDULLAH BIN MAS'UD : Yang pertama kali mengumandangakn Al-Qur'an dengan suara merdu.

13) HUDZAIFAH IBNUL YAMAN : Seteru kemunafikan - Kawan keterbukaan.

14) 'AMMAR BIN YASIR : Seorang tokoh penghuni surga.

15) 'UBAIDAH BIN SHAMIT : Tokoh yang gigih menentang penyelewengan.

16) KHABBAB BIN ARATS : Guru besar dalam berkorban.

17) ABU 'UBAIDAH IBNUL JARRAH : Orang kepercayaan ummat.

18) UTSMAN BIN MAZH'UN : Yang pernah mengabaikan kesenangan hidup duniawi.

19) ZAID BIN HARITSAH : Tak ada orang yang lebih dicintainya daripada Rasulullah.

20) JA'FAR BIN ABU THALIB : Jasmani maupun perangainya mirip Rasulullah.

21) ABDULLAH IBNU RAWAHAH : Yang bersemboyan : Wahai diri .... Jika kau tidak gugur di medan juang .... Kau tetap akan mati ... Walau di atas ranjang.

22) KHALID IBNUL WALID : Ia selalu waspada, dan tidak membiarkan orang lengah dan alfa.

23) QEIS BIN SA'AD BIN 'UBADAH : Kalau tidaklah karena Islam, maka ia lah ahli tipu muslihat Arab yang paling lihai.

24) UMEIR BIN WAHAB : Jagoan Quraisy yang berbalik membela Islam yang gigih.
25) ABU DARDA : Seorang budiman dan ahli hikmat yang luar biasa.

26) ZAID IBNUL KHATTHAB : Rajawali pertempuran Yamamah.

27) THALHAH BIN UBAIDILLAH : Pahlawan perang Uhud.

28) ZUBAIR BIN AWWAM : Pembela Rasulullah s.a.w.

29) KHUBAIB BIN 'ADI : Pahlawan yang syahid di kayu salib.

30) UMEIR BIN SA'AD : Tokoh yang tak ada duanya.

31) ZAID BIN TSABIT : Penghimpun Kitab Suci Al-Qur'an.

32) KHALID BIN SA'ID BIN 'ASH : Anggota pasukan berani mati angkatan yang pertama.

33) ABU AIYUB AL-ANSHARI : Pejuang di waktu senang ataupun susah.

34) ABBAS BIN ABDUL MUTHALIB : Pengurus air minum untuk Kota Suci Mekah dan Madinah (Haramain).

35) ABUHURAIRAH : Otaknya menjadi gudang perbendaharaan pada masa Wahyu.

36) AL BARRA' BIN MALIK : Allah dan Surga.

37) UTBAH BIN GHAZWAN : "Esok lusa akan kalian lihat Pejabat-pejabat Pemerintah yang lain daripadaku"

38) TSABIT BIN QEIS : Juru bicara Rasulullah.

39) USAID BIN HUDLAIR : Pahlawan hari Saqifah.

40) ABDURRAHMAN BIN 'AUF : "Apa sebabnya anda menangis, Hai Abu Muhammad".

41) ABU JABIR ABDULLAH BIN 'AMR BIN HARAM : Seorang yang dinaungi malaikat.

42) AMR IBNUL JAMUH : "Dengan cacat pincangku ini, aku bertekad merebut surga".

43) HABIB BIN ZAID : Lambang kecintaan dan pengurbanan.

44) UBAI BIN KA'AB : "Selamat nagimu, hai Abu Munzir, atas ilmu yang kau capai".

45) SA'ADZ BIN MU'ADZ : "Kebahagiaan bagimu, wahai Abu Amr".

46) SA'AD BIN UBADAH : Pembawa bendera Anshar.

47) USAMAH BIN ZAID : Kesayangan, putera dari kesayangan.

48) ABDURRAHMAN BIN ABI BAKAR : Pahlawan sampai saat terakhir.

49) ABDULLAH BIN 'AMR BIN 'ASH : Tekun beribadat dan bertaubat.

50) ABU SUFYAN BIN HARITS : Habis gelap terbitlah terang.

51) 'IMRAN BIN HUSHAIN : Menyerupai malaikat.

52) SALAMAH BIN AL-AKWA : Pahlawan pasukan jalan kaki.

53) ABDULLAH BIN ZUBEIR : Seorang tokoh dan syahid yang luar biasa.

54) ABDULLAH BIN ABBAS : Kyai ummat ini.

55) 'ABBAD BIN BISYIR : Selalu disertai cahaya Allah.

56) SUHEIL BIN 'AMAR : Dari kumpulan orang yang dibebaskan, masuk golongan para pahlawan.

57) ABU MUSA AL-ASY'ARI : Yang penting keikhlasan, kemudian terjadilah apa yang akan terjadi.

58) THUFEIL BIN 'AMR AD-DAUSI : Suatu fithrah yang cerdas.

59) 'AMR BIN 'ASH : Pembebas Mesir dari cengkeraman Romawi.

60) SALIM MAULA ABU HUDZAIFAH : Sebaik-baik pemikul Al-Qur'an

Tazkirah Ramadhan


Ramadhan : Antara 2 Kegawatan

Hari ini Ramadhan telah menamatkan dua pertiga fasanya. Dua puluh hari umat Islam berpuasa dan tinggal satu pertiga lagi yang perlu dilalui dengan mendaki rintangan yang lebih mencabar. Melalui media massa saya menekuni  isu  demi isu menghiasi dada akhbar ,media elektronik lebih lebih lagi media sosial hatta ke meja meja minum di restoran dan warung.

Gamat isu Tabung haji sebulan lebih yang lalu seperti reda tetapi 1MDB sampai ke hari ini masih meluap panasnya dan bagai sesuatu yang amat besar mahu ditudung pekungnya. Khalayak di desa berbuih mulut berbicara,aksi warga kota lebih lagi mendesak mahu kepastian yang tuntas. Sekali sekala menteri berbicara menyeka hiba namun bagai hampas adanya.

Hari ini isu WSJ mendakwa YAB Perdana Menteri Malaysia terlibat salah laku mencopet wang Negara pula menduduki rangking isu panas yang menghilangkan khusyuk puasa dan taraweh di penghujung 10 Ramadhan. Semua bersilat,menghujah biar yang pincang itu disepuh hingga sembuh. Masing masing Parti Politik,Ngo dan pertubuhan menampil idea dan pandangan;semua berpandangan jika tidak ditangani Negara akan lumpuh sementelah dengan kejatuhan nilai Ringgit yang menjunam ke tahap parah seakan mengulangi detik ngeri 1997/98 ke paras Rm 3.80 lebih berbanding USD.

Masing masing tampil menjolok idea mendepan krisis  sebagai solusi seakan ideanya paling mapan dan tuntas. Kedengaran ada yang mencadangkan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengepalai gerakan menangani krisis, pada masa yang sama kedengarannya ada yang tidak bersetuju. Celahan itu kedengan juga gagasan daripada individu aktivis yang mahu mencadangkan Unity Gorverment bagi mengembali kestabilan Negara (Apa yang pasti cadangan ini bukan cadangan PAS). Kedengaran Juga saranan NGO yang mahukan Suruhan Diraja  dtubuhkan , tidak ketinggalan ada yang mengajak rakyat turun ke jalan Raya. Hebatnya kedengaran juga yang menjungkit idea dikepung Parlimen dan saranan dibubarkan parlimen bagi membolehkan mandat baru dipungut. Tidak berkesudahan di situ kedengaran juga masanya elok Orang Nombor dua Negara mengambil alih kepimpinan sedia ada.

Oh…dahsyatnya, itu baru satu isu yang memanaskan atmosfera Negara, tidak kira siang dan malamnya. Kalau ditokok dengan desah marhain yang saban hari berdepan dengan bermacam macam kalut kehidupan semakin parah dan payau jadinya. Kenaikan harga barang dengan pelaksanaan GST sebanyak 6% memang menghambur beban, Amarah rakyat dan marhain bawahan yang belum reda, dalam khusyuk mengangkat takbir taraweh, kedengaran pula kenaikan harga minyak semestinya menghangatkan dan memarakkan bara.
Payau krisis yang entah bila akan bernoktah semakin hanyir dengan gelodak sosial yang semakin menyial menghambat kehidupan dalam gawat dan ketakutan. Terbacakah kita isu penderaan adik Yaya di Pasir Mas yang memaparkan manusia yang hilang jiwa dan harga. Kalau ibu dan Ayah yang bertanggungjawab menjada keselamatan menjadi harimau jadian membaham tanpa kasihan, apakah ini kehidupan yang yang khalayak manusia inginkan. Belum reda isunya timbul isu bayi 23 hari diliwat ayahnya sendiri kerana kemaruk seks .Sadisnya Ramadhan lansung tidak mendidiknya.Bermacam lagi karenah yang duniawi yang mendekam, dari krisis dicabuli manusia hinggalah pencabulan binatang khinzir semuanya mewarna dada berita dan massa.

Kalau mahu di ungkap dan kalau mahu diucap, subuh bertemu maghrib bahkan bertemu subuh semula tidak bernokhtah caca marba yang hinggap. Gawatnya semakin meliar membunuh damai dan harmoni.Damai dan harmoni itu semakin terasing bila ada yang terikat kukuh pun ingin dirungkai atas pasak ego dan tidak memahami. Masing masing merasakan dia tidak boleh digugat dan dia sahaja mesti memimpin. Wibawa orang lain dicuriga ,wibawa sendiri dijaja walau tidak berpijak di bumi nyata.

Lantas teringatkah kita pada satu tahap kegawatan yang semakin dahsyat. Gawat yang tidak akan mampu diredakan oleh mana mana parti politik,kerajaan mahu pun NGO dan pertubuhan. Kebijaksanaan dan kehebatan manusiawi tidak akan berupaya sama sekali untuk menangani. Itulah kegawatan Hari Kiamat. Kalaulah Kegawatan dunia hari ini manusia bertempiaran hingga tiada tahu kemana arahnya.Bolehkah dibayangkan gawat Qiamah yang pasti akan datang.

Wahai Pemimpin Negara
Wahai Pemimpin parti Politik
Wahai Pemimpin Persatuan & NGO
Wahai siapa sahaja….
Renunglah FirmanNya.

1.  Aku bersumpah demi hari kiamat,
2.  Dan Aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri)[1530].
3.  Apakah manusia mengira, bahwa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya?
4.  Bukan demikian, Sebenarnya kami Kuasa menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna.
5.  Bahkan manusia itu hendak membuat maksiat terus menerus.
6.  Ia berkata: "Bilakah hari kiamat itu?"
7.  Maka apabila mata terbelalak (ketakutan),
8.  Dan apabila bulan Telah hilang cahayanya,
9.  Dan matahari dan bulan dikumpulkan,
10.  Pada hari itu manusia berkata: "Ke mana tempat berlari?"

[1530]  Maksudnya: bila ia berbuat kebaikan ia juga menyesal Kenapa ia tidak berbuat lebih banyak, apalagi kalau ia berbuat kejahatan.

11.  Sekali-kali tidak! tidak ada tempat berlindung!
12.  Hanya kepada Tuhanmu sajalah pada hari itu tempat kembali.
13.  Pada hari itu diberitakan kepada manusia apa yang Telah dikerjakannya dan apa yang dilalaikannya.
14.  Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri[1531],
15.  Meskipun dia mengemukakan alasan-alasannya.

Al Qiyamah : ayat 1-15

Selamat Memburu Lailatul qadar

ABD WAHID BIN ZAINOL ABIDIN
Lajnah Tarbiah & Kepimpinan PKHL
20 Ramadhan 1436

Tazkirah juga boleh diikuti di
http://islampenyelesaian.blogspot.com

GODAAN "SYAITAN"

Syaitan Terus Menggoda.. Dalam banyak tempat .. ayat ayat Al-Quran menyinggung tentang perilaku syaitan dan niat jahatnya terhadap seluroh manusia. Semenjak kedurhakaannya yang pertama kali ketika diperintah untuk menghormati Adam hinggalah diakhir kehidupan syaitan tiada henti berusaha serta menjerumuskan manusia kepada kebinasaan. وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ ۗ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ ۚ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim. Al-Kahf 50.. Meskipun yang demikian syaitan tidak akan mampu menheret manusia kepada jurang kebinasaan apabila manusia selalu meminta serta memohon pertolongan kepada Allah .. Zat Pencipta seluroh makhluk. يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. Al-Baqarah 168... وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. Az-Zukhruf 36.. Sesiapa yang cenderung kepada mereka.. akan menjadi musyrik. Sesiapa yang menentangnya nescaya akan terselamatlah ia didunia dan juga diakhirat.